Sebagai pemilik kucing, memilih makanan yang sesuai untuk kucing adalah sangat sukar. Ini adalah kerana setiap kucing mempunyai diet yang berbeza-beza.
Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Makanan Kucing?
Fakta makanan kucing:
- Kucing adalah karnivor, jadi mereka memerlukan kandungan protein yang tinggi dalam diet mereka.
- Kucing perlu makan sekitar 10% daripada berat badan mereka setiap hari.
- Perut kucing hanya 3 kali lebih besar daripada manusia, jadi mereka tidak boleh makan sebanyak kita.
- Anak kucing memerlukan lebih banyak kalori daripada kucing dewasa kerana ia sedang membesar, tetapi jangan beri terlalu banyak makanan kepadanya atau ia boleh menyebabkan obesiti dan masalah kesihatan lain.
- Makanan kering adalah lebih baik untuk kucing yang mengalami masalah kencing kerana ia membantu menghalang kristal daripada terbentuk dalam air kencing yang boleh menyebabkan kesakitan dan tersumbat.

Jenis Makanan Kucing & berapa banyak hidangan diperlukan
Kucing adalah karnivor, jadi mereka memerlukan banyak protein dalam diet mereka. Makanan kering adalah lebih padat kalori daripada makanan basah, jadi kucing perlu makan kurang makanan kering untuk mendapatkan jumlah protein dan kalori yang sama seperti makanan basah.
Makanan basah juga mempunyai lebih banyak kandungan air, yang penting untuk kucing. Kucing perlu makan kira-kira 1/4 cawan makanan basah setiap minggu atau 1/2 cawan makanan kering setiap hari.

Makanan Kucing Terbaik dan Sihat
Review Makanan Kucing Premium mengikut budget
Harga kurang RM200 untuk 10kg
1. Chunkbits for cats
Makanan kucing jenama Chunkbits boleh didapati dengan harga sekitar RM150 untuk 15kg dan boleh didapati dengan pelbagai jenis seperti 28 Upkeep, 31 Hair & Skin, 33 Cubs & 35 Fit. Anda boleh cuba 35 Fit jenis biasa untuk mengelakkan kucing anda daripada terkena batu karang.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
2. Misha Cat Food
Misha adalah satu makanan kucing yang terbaik. Ia mudah didapati di pasaraya berdekatan. Misha boleh didapati dengan harga serendah RM70 untuk 10kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (5/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ (3/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (5/5)
3. Mystic Cat Food
Mystic adalah jenama makanan kucing yang agak baru dipasaran dan agak sukar didapati. Anda boleh mendapatkan makanan kucing jenama ini di shopee dengan harga sekitar RM170 untuk 15kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Harga Lebih RM200 untuk 10kg
1. Taste of wild
Taste of wild mempunyai kandungan makan terbaik untuk kucing dan membuatkan kucing anda lebih sihat dan gebu. Taste of wild boleh didapati dengan harga sekitar RM150 untuk 7kg
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (5/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ (2/5)
2. Hill's Science Cat Food
Makanan kucing jenis Hill's adalah makanan kucing yang dibuat khas untuk perlindungan organ dalaman seperti buah pinggang. Kandungan makanan ini adalah antara yang terbaik untuk kucing anda. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM180 untuk 7kg
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (5/5)
Stok di pasaran ⭐️ (1/5)
3. Royal Canin For Cat
Royal Canin mempunyai pelbagai jenis makanan mengikut keadaan kucing dan juga mengikut baka. Jika anda kali pertama menggunakannya, anda disarankan mendapat khidmat nasihat di vet ataupun petshop berdekatan. Namun begitu stok Royal Canin amat terhad dan anda mungkin perlu mencari stok makanan extra untuk elakkan anda daripada terputus bekalan kelak.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (5/5)
Stok di pasaran ⭐️ (1/5)
4. Blackwood Cat Food
Blackwood antara jenama makanan premium yang telah lama di pasaran. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM130 untuk 6kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (5/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ (3/5)
5. Brit Cat Food
Brit adalah jenis makanan kucing premium yang boleh didapati hampir semua petshop. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM175 untuk 8kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
6. IAMS Cat Food
IAMS adalah makanan kucing yang bagus untuk kucing anda. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM155 untuk 8kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ (3/5)
7. Equilibrio Cat Food
Equilibrio adalah antara makanan kucing premium yang bagus untuk kucing anda. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM145 untuk 7.5kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️(4/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ (3/5)
7. Orijen Cat and Kitten
Orijen adalah makanan kucing premium yang agak baru dipasaran. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM295 untuk 5.4kg.
Harga ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ (4/5)
Kualiti ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️(4/5)
Stok di pasaran ⭐️ ⭐️ ⭐️ (3/5)
Anda dinasihatkan untuk membeli makanan kucing dalam pek yang kecil terlebih dahulu untuk memastikan kucing anda benar-benar sukakan makanan tersebut. Jika anda baru sahaja menukarkan makanan, campurkan makanan baru dan lama untuk elakkan kucing muntah.
%20(1).png)
%20(1).png)