Kucing boleh dikatakan adalah sebahagian daripada keluarga kita. Oleh itu, pasti anda ingin tahu umur kucing kesayangan kita dan memahami jangka hayat kucing.
Di dalam artikel ini kami akan berkongsi bagaimana memahami umur mereka akan membantu anda menjaga kucing anda dengan lebih baik.
Perbandingan Umur Kucing vs Manusia
Kucing sebenarnya berumur jauh lebih cepat daripada manusia. Jangka hayat kucing domestik adalah sekitar 12 tahun-18 tahun. Namun kucing jalanan dan kucing di dalam rumah mempunyai jangka hayat yang berbeza iaitu sekitar 4 tahun -7 tahun sahaja.
.png)
Umur purata umur kucing mengikut baka
- Kucing Parsi – 15-20 tahun;
- Kucing Siam – 20 tahun;
- Kucing Shorthair – 19 tahun;
- Kucing Longhair – 18 tahun;
- Kucing British Shorthair – 15-16 tahun;
- Kucing Sphynx – 15 tahun;
- Kucing Snowshoe – 11 tahun.
Faktor Umur kucing
Jangka hayat kucing bergantung kepada banyak faktor iaitu:
1)Faktor makanan
Faktor Umur Kucing telah meningkat kerana kucing hidup lebih sihat berbanding dahulu. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penjagaan veterinar yang lebih baik dan diet yang seimbang untuk kucing. Pemilihan makanan kucing yang betul mampu menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik untuk kucing anda.
Kucing juga mempunyai kadar metabolisme yang berbeza, jadi mereka memerlukan makanan kucing yang berbeza apabila meningkat usia.
2)Antibodi badan
Antibodi adalah protein yang dihasilkan oleh tubuh untuk melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan dan vaksin kucing setiap tahun di klinik veterinar dapat membantu mengenalpasti masalah kesihatan kucing dengan lebih cepat.
3)Penyakit genetik
Pada masa kini, terdapat banyak penyakit genetik yang boleh dihidapi oleh kucing anda, antaranya adalah Feline Lower Urinary Tract Disease, Diabetes, Polycystic Kidney Disease, Heart Disease, Manx Syndrome, pekak dan buta. Penyakit ini boleh menjejaskan jangka hayat dan kualiti hidup mereka.
4)Pemandulan
Ia bukan sahaja untuk mencegah anak kucing yang tidak diingini, tetapi juga untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan yang boleh timbul daripada kucing (tidak dineuter). Salah satu masalah ini ialah kanser kucing yang boleh membawa maut jika tidak dikesan tepat pada masanya.
Bila Umur Kucing Dewasa?
Umur anak kucing ialah diantara dua hingga enam bulan. Pada peringkat ini, anak kucing akan ingin tahu tentang perkara baru, suka bermain dan sangat aktif bertenaga. Apabila anak kucing itu mencapai umur enam bulan, ia akan dianggap sebagai kucing dewasa. Pada peringkat ini, kucing akan lebih santai dan matang.
.png)
Bila Umur kucing sesuai untuk Vaksin?
Kucing juga memerlukan vaksin pada usia sekitar 8-14 minggu, iaitu apabila mereka cukup umur untuk set pertama vaksin. Kebaikan vaksin ialah ia membantu menjaga kucing anda lebih sihat malah boleh menyelamatkan nyawa mereka.
Adakah Umur kucing mengikut saiz?
Anda mungkin boleh menentukan anak kucing dan kucing dewasa mengikut saiz. Namun ada beberapa baka kucing yang kecil dan sentiasa kelihatan seperti anak kucing.
Bila Umur kucing Mengandung?
Kucing mencapai kematangan seksual antara umur 6 dan 12 bulan, ia juga bergantung kepada baka. ini bermakna kucing tersebut telah mencapai kematangan seksual dan boleh membiak. Kucing betina boleh mengandung setiap 2 bulan dan melahirkan sekurang-kurangnya 5 ekor anak kucing. Jadi, kucing betina boleh melahirkan anak sehingga 30 ekor dalam setahun. Mandulkan kucing betina seawal mungkin dapat membantu mengawal populasi kucing.
.png)
Tanda-Tanda Kucing Anda Sudah Berumur
Terdapat beberapa penunjuk fizikal yang boleh membantu anda memahami umur kucing anda sendiri, terutamanya apabila kucing dewasa anda mencapai peringkat kehidupan senior.
- Gigi: gigi kekuningan, pembentukan karang gigi, gigi hilang/patah.
- Bulu: Warna bulu pudar dan lebih tebal, bulu lebih kasar berbanding kucing muda
- Tahap aktiviti: Kurang beraktiviti, kurang berat badan atau kehilangan otot.
- Perubahan tingkah laku: Lebih banyak mengiow, lebih merayau-rayau, peningkatan tahap kebimbangan, kekeliruan atau keresahan.
Anda sentiasa boleh rujuk kepada doktor haiwan tentang berapa umur kucing anda. Mereka boleh memberitahu anda anggaran terbaik umur kucing anda berdasarkan pelbagai faktor, seperti ciri fizikal dan tingkah laku.
.png)
Kenapa Memahami Umur Kucing Adalah Penting?
Secara amnya kucing hidup lebih lama daripada anjing dan menurut rekod dunia Guinness menyatakan kucing tertua mencapai umur 38 tahun. Kucing mula beralih ke usia lanjut apabila mereka berumur tujuh hingga sepuluh tahun.
Apabila kucing anda semakin tua, anda perlu memperhatikan tanda-tanda penuaan. Kucing yang lebih tua mempunyai risiko paling besar untuk mendapat penyakit seperti kanser, arthritis, dan penyakit jantung, buah pinggang dan lain-lain.
Kesimpulan
Apabila kucing anda semakin meningkat usia, risiko penyakit juga akan meningkat. Oleh itu anda boleh mengambil langkah-langkah yang terbaik seperti membeli insuran kucing untuk menampung kos veterinar yang mahal. Selain itu, pemeriksaan kesihatan setiap tahun di klinik veterinar juga mampu membantu anda mendapat konsultasi penjagaan kucing yang lebih baik.
Rujukan:
%20(1).png)
%20(1).png)