Kenapa Memberus Gigi Kucing Juga Penting?

Zoe
June 23, 2022
Gigi kucing
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Kucing pun nak kena berus gigi? Ya, ramai yang tak tahu kucing pun kena menjaga kebersihan gigi.

Bukan itu sahaja, kucing anda juga perlu dibawa ke klinik veterinar untuk pemeriksaan gigi secara tahunan! Jom baca kenapa anda perlu memberus gigi kucing anda dan berapa kerap anda perlu lakukannya...

Mengapa Kucing Memerlukan Penjagaan Gigi

Secara umumnya kucing adalah haiwan yang sangat pembersih, namun ramai yang salah tanggapan bahawa mereka tidak memerlukan sebarang penjagaan tambahan terutamanya kebersihan gigi.

Kucing memerlukan penjagaan gigi sama seperti anjing, dan tanpa penjagaan yang baik, kucing boleh mengalami masalah kesihatan yang teruk, termasuk karang gigi, penyakit gusi , malah masalah jantung, buah pinggang dan hati!

Jangan risau, penjagaan gigi kucing tidaklah begitu sukar ataupun mahal. Namun dengan mengambil kisah penjagan gigi kucing anda boleh mengelakkan sebarang masalah kesihatan di masa hadapan.

gigi kucing

Berapa Kerap Anda Harus Memberus Gigi Kucing Anda?

Walaupun kebanyakan doktor veterinar mengesyorkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk kucing anda, mereka juga mengesyorkan anda memberus gigi kucing dua atau tiga kali seminggu.

Hanya kerana kucing anda bukan manusia, ini tidak bermakna bakteria dan plak gigi tidak akan ada pada gigi selepas setiap kucing anda makan kali makan!

Apa yang Perlu Anda Gunakan untuk Memberus Gigi Kucing?

Kini terdapat banyak produk untuk penjagaan kesihatan kucing termasuklah berus gigi khas untuk kucing. Dapatkan saranan dari doktor veterinar anda untuk berus gigi kucing yang terbaik.

Makanan Kucing Penyebab Karang Gigi

Antara penyebab karang gigi adalah disebabkan makanan kucing kering. Ini tidak bermakna makanan kucing kering tidah baik untuk kesigatan kucing. Anda cuma perlu pastikan kebersihan gigi kucing anda terjaga.

gigi kucing

Anda Mungkin Tidak Tahu Kucing Anda Memerlukan Rawatan Gigi

Sama seperti manusia, bila sakit gigi sudah tentulah boleh jadi murung. Sama seperti kucing, tapi kucing ni pandai menyembunyikan kesakitannya.

jadi, anda mungkin lihat kucing anda macam ok, tapi kucing anda mungkin berasa sakit apabila makan. Sebab itulah penting untuk anda memberus gigi kucing dan membawa kucing anda ke klinik veterinar untuk pemeriksaan.

Senang Ke Nak Gosok Gigi Kucing?

Bergantung kepada kucing, ada kucing yang suka giginya digosok ada yang tidak. Jom tengok video bagaimana nak gosok gigi kucing dengan betul.

Kesimpulannya

Gosok gigi kucing mungkin sedikit janggal pada awalnya. Namun, ia mampu mengurangkan kos perubatan kucing anda di masa hadapan. Tapi comel kan kucing bila gosok gigi? 😆

Hi, pemilik bulus-bulus, download aplikasi Petotum App untuk mendapatkan servis terbaik untuk haiwan kesayangan anda!

Rujukan

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App