7 Tips Memilih Klinik Kucing Yang Sesuai

Zoe
August 28, 2022
klinik kucing
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Sebagai pemilik kucing, anda berhak memilih klinik kucing yang sesuai untuk kucing anda supaya si manja anda dapat rawatan kesihatan yang terbaik.

Terdapat lebih dari 2,000 klinik vet di Malaysia. Dan tentunya anda sebagai pemilik kucing mahu mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

Sebenarnya tiada istilah klinik vet yang tidak baik tetapi ianya bergantung kepada keserasian kucing anda dengan klinik kucing tersebut. Disini kami kongsikan bagaimana untuk memilih klinik kucing yang sesuai.

Klinik Kucing

1. Minta cadangan Klinik Kucing terbaik dari keluarga dan rakan terdekat

Salah satu cara yang terbaik adalah meminta cadangan dari rakan dan ahli keluarga terdekat yang memiliki kucing. Biasanya mereka mungkin sudah mencuba beberapa klinik kucing yang berdekatan. Dapatkan pendapat dan maklum balas mereka sebelum menghantar kucing anda ke klinik veterinar.

2. Cari doktor haiwan yang mempunyai kepakaran spesifik

Setiap doktor haiwan mempunyai kepakaran yang berbeza-beza mengikut jenis haiwan. Ada sesetengah mereka mungkin mempunyai lebih banyak pengalaman merawat kucing, arnab, anjing, kuda ataupun haiwan peliharaan yang lain. Sama juga seperti doktor pakar manusia, ada yang pakar jantung, tulang dan lain-lain. Anda mungkin perlu mencari doktor haiwan pakar dalam keadaan tertentu.

Klinik Kucing

3. Cari doktor haiwan berlesen

Setiap doktor haiwan mempunyai lesen yang dipanggil Annual Practicing Certificate (APC) yang dikeluarkan oleh Malaysian Veterinary Council. Anda boleh meminta untuk melihat lesen mereka atau menghubungi lembaga perubatan veterinar negeri anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

4. Tanya lebih lanjut tentang haiwan peliharaan dan ubat

Seorang doktor haiwan bukan sahaja hanya untuk merawat & memberikan ubat, tetapi juga perlu memberi penerangan lebih lanjut kepada pemilik haiwan kesayangan. Doktor haiwan cenderung mempunyai pendekatan yang berbeza apabila ia berkaitan dengan haiwan peliharaan dan ubat-ubatan. Adakan perbincangan ringkas dengan bakal doktor haiwan anda dan lihat pendapat mereka tentang isu kesihatan dan pencegahan apabila ia berkaitan dengan kucing anda.

Klinik Kucing

5. Pertimbangkan kos dan lokasi

Jika situasi kecemasan berlaku, cuba cari klinik kucing yang jaraknya kurang dari sejam dari lokasi anda. Kos juga boleh berbeza-beza bergantung pada doktor haiwan, jadi lihat jika harga mereka sesuai dengan belanjawan anda sebelum anda memberi komitmen kepada mereka.

6. Selesa mendapatkan perkhidmatan klinik kucing

Apabila anda selesa dengan doktor haiwan, anda akan menjadi lebih mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Pastikan kucing anda juga selesa berada di klinik vet tersebut. Perhatikan tanda-tanda awal pada kucing anda seperti tanda-tanda kemarahan, ketakutan, atau resah. Jika kucing anda dapat bertenang, ia menunjukkan keserasian kucing anda dengan vet tersebut.

Klinik Kucing

7. Cari kemudahan yang bersih

Klinik kucing haruslah mengutamakan kebersihan sama seperti klinik manusia. Jarang sekali klinik haiwan di Malaysia dalam keadaan kotor. Namun, apabila anda berasa selesa berada di klinik tersebut, anda boleh meneruskan rawatan kucing anda dalam keadaan yang baik.

Kesimpulannya, doktor haiwan akan memainkan peranan penting dalam kehidupan haiwan kesayangan anda, jadi teruskan mencari sehingga anda menemui klinik kucing yang sesuai.

Hi, pemilik bulus-bulus, download aplikasi Petotum App untuk mendapatkan servis terbaik untuk haiwan kesayangan anda!

Rujukan

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App