
10 Nama Kucing Paling Popular di Malaysia
17 August 2021
Lifestyle
zoe
Share this article:
Buat yang tertanya-tanya apa nama kucing paling popular di Malaysia, disini kami senaraikan senarai nama kucing mengikut data yang kami ada di Petotum. Berikut adalah nama-nama yang sering digunakan oleh pemilik-pemilik kucing di Malaysia Download apps Petotum
1. Nama kucing paling popular - Oyen
Mengikut data yang kami perolehi, nama kucing Oyen adalah paling popular. Oyen adalah kucing yang berwarna oren dan kebanyakannya adalah jantan. Kucing oren biasanya sangat peramah dan mesra dengan orang lain.
2. Luna
Nama kucing Luna biasanya diberi kepada kucing betina. Nama Luna kemungkinan diambil dari artis popular korea ataupon indonesia.
3. Leo
Leo juga adalah antara nama yang popular diberikan kepada kucing berwarna oren. Leo diambil sempena bintang ziodak Leo 23 Julai - 22 Ogos.
4. Simba
Simba adalah karakter animasi Disney pada tahun 1994 yang biasa digelar "simba the lion king". Nama simba juga biasa diberi kepada kucing berwarna oren dan juga kucing jantan.
5. Miko
Nama kucing Miko kemungkinan berasal dari Jepun. Ia begitu popular diberikan kepada kucing betina.
6. Baby - Kucing comel
Kebanyakkan pemilik kucing menjadikan kucing sebahagian dari keluarga. Nama Baby juga popular disebabkan telatah kucing mereka yang manja, comel dan mencuit hati.
7. Kiki
Nama Kiki banyak disebut-sebut dalam dunia animasi kanak-kanak. Nama ini mungkin juga dipilih bagi memudahkan kanak-kanak berinteraksi dengan si manja.
8. Mochi
Mochi adalah makanan popular di Jepun iaitu "Japanese rice cake". Ia begitu comel dan bulat sehingga menjadi pilihan nama kucing.
9. Loki
Nama Loki juga merupakan karakter popular siri TV dan filem Marvel Thor. Ia menjadi pilihan nama kucing paling popular di Malaysia.
10. Mimi
Mimi juga adalah nama kucing yang popular di Malaysia. Ia juga adalah antara pilihan nama kucing betina.
Other Stories

Apa Yang Perlu Anda tahu Tentang Kucing Parsi - Sifat & Penjagaan

Langkah penjagaan haiwan peliharaan ketika wabak COVID-19

5 Tips On How To Choose Best Pet Hotel

How to start a dog walking business in your neighborhood?

UPDATES - Pet Parent Apps With More improvement

How Long Can You Leave a Puppy Alone?

Cake for dog: Celebrate your dog’s birthday with this cute cake

10 Pet Care Business Marketing Ideas

Southeast Asia’s 1st pet ecosystem integrator, transforming pet care for all. Join the #PAWer movement!