
Tingkatkan Jualan Untuk Bisnes Perkhidmatan Selepas MCO
25 October 2021
For Pet Care Provider
shifa-azahar
Share this article:
Bisnes perkhidmatan adalah salah satu bisnes yang terkesan teruk semasa MCO. Jika anda sudah mempunyai pelanggan tetap, inilah masanya untuk anda meningkatkan jualan anda. Pelanggan tetap biasanya lebih setia dan akan berbelanja lebih berbanding pelanggan baru.
Anda juga boleh menggunakan budget yang minimum untuk meningkatkan jualan melalui pelanggan tetap anda asalkan anda mempunyai database ataupun maklumat pelanggan anda (no telefon atau email).
1) Buat servis tambahan / Add-on
Masukkan servis lain dalam perkhidmatan anda. Contohnya apabila pelanggan anda mengambil servis pet hotel, anda boleh menambah bantal, basic grooming ataupun pet taxi. Ini boleh meningkatkan "order value" perkhidmatan anda.
2) Buat Flash Sale
Shoppe & Lazada sering melakukan Flash sale semasa 9.9, 10.10, 11.11, dan 12.12. Anda juga boleh menjalankan kempen ini. Pastikan anda membuat hebahan awal kepada pelanggan anda, lebih kurang macam teaser sebelum hari anda buat sale. Pada hari sale tersebut, pilih satu masa tertentu contoh pelanggan mesti buat pembelian pada jam 9-12 malam sahaja untuk diskaun dan kalau ada lucky draw lagi bagus.
3) Early booking sale
Kempen early booking ni Airasia selalu buat. Contoh buat early booking untuk bulan 1 Jan - 31 Jan 2022 sebelum 31 November. Anda boleh bagi pelbagai jenis tawaran contoh, diskaun 10%, free basic grooming atau lain-lain
4) Beri Freebies
Anda juga boleh elak memberi diskaun kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, percuma konsultasi cara untuk grooming kucing di rumah bernilai RMxxx atau percuma cat scratcher untuk pembelian lebih RM100
5) Beri lebih nilai pada servis
Lebih nilai tidak bermaksud anda perlu memberi diskaun. Sebagai contoh anda boleh :
- Beri perkhidmatan cat taxi percuma kepada pelanggan anda yang membuat pembelian lebih RM1,000.
- Upgrade bilik jika buat tambahan grooming bernilai RM100
- Upgrade makanan kucing jika membuat tempahan hotel kucing lebih RM500
Ini adalah contoh-contoh bagaimana anda boleh membuat promosi kepada pelanggan sedia ada anda. Beri URL PetotumBIZ anda kepada pelanggan anda untuk memudahkan anda membuat promosi.
Jika anda menyertai mana-mana platform seperti GrabFood, Shoppe ataupun PetotumBIZ, Jenama anda memainkan peranan penting untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan membuat tempahan.
Gunakan semua saluran yang ada termasuk whatsapp, email, facebook page, TikTok dan Instagram untuk menjalankan kempen-kempen ini. Hubungi support PetotumBIZ untuk anda perlukan konsultasi untuk membuat promosi.
Other Stories

The Gentle Giant Maine Coon Cat: A Perfect Pet for Malaysian Homes

6 Step To Start A Vet Clinic In Malaysia (Checklist)

How Long Can You Leave a Puppy Alone?

A Comprehensive Guide to the Toy Poodle Breed

What Is A Microchip? Should You Microchip Your Cat or Dog?

How We Can Reduce The Number of Strays Together?

The perfect DOG's tattoos do exist!

Why do Dogs Eat Their Own Vomit?

Southeast Asia’s 1st pet ecosystem integrator, transforming pet care for all. Join the #PAWer movement!