Panduan Lengkap Penjagaan Anak Kucing 2022

Zoe
November 18, 2021
Anak Kucing
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Menjaga anak kucing adalah sangat sukar jika dibandingkan dengan kucing yang dewasa. Anak kucing memerlukan lebih banyak perhatian dan masa anda.

Menjaga anak kucing adalah sangat sukar jika dibandingkan dengan kucing yang dewasa. Anak kucing sangat sensitif sama seperti bayi manusia. Mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan masa anda. Jika anda tidak bersedia memiliki anak kucing, anda dinasihatkan supaya mengambil kucing yang lebih dewasa.

Bahagian artikel ini akan memberi anda beberapa maklumat asas tentang menjaga anak kucing.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan rumah anda selamat untuk anak kucing baharu anda. Pastikan tiada objek tajam atau apa-apa yang boleh memudaratkan mereka. Anda juga harus mendapatkan kotak berada di kawasan di mana ibu kucing boleh mengaksesnya pada setiap masa.


Anak kucing comel

Siapa yang tidak tertarik dengan anak kucing yang comel & gebu. Tetapi tahukah anda, anak kucing parsi pun boleh jadi tidak sihat atau comot apabila penjagaan yang diberikan tidak betul. Kami senaraikan beberapa isu yang akan anda hadapi apabila menjaga anak kucing:

anak kucing
Anak kucing comel dan gebu


Anak kucing baru lahir

Apabila kucing beranak, elakkan dari menyentuh anak kucing yang baru lahir. Ini boleh menyebabkan si ibu tidak mahu menyusukan anak yang dilahirkan.

Biasanya, ibu kucing akan menjilat bayinya untuk menghasilkan bau yang sama dengan ibunya. Jika dipegang maka bau pada anak kucing akan berbeza dan menyebabkan si ibu akan mengabaikan anaknya

Jika anda perlu memegang anak kucing tersebut, anda dinasihatkan menggunakan sarung tangan plastik supaya tida bau lain pada anak kucing tersebut.

Pada empat minggu pertama, anak kucing akan minum susu ibunya. Namun apabila dipisahkan dari ibunya, anak kucing perlu diet atau susu yang bersesuaian.

Cara Jaga Anak Kucing tanpa ibu

Anak kucing baru lahir jarang selamat tanpa ibu. Tetapi anda boleh buat beberapa cara untuk memastikan anak kucing ini selamat. Anda juga dinasihatkan membawa anak kucing tersebut ke klinik veterinar untuk pemeriksaan dan khidmat nasihat.

Seterusnya, anda harus bermula dengan memberi mereka makan setiap 2 jam dan kemudian perlahan-lahan meningkatkan masa antara penyusuan sehingga mereka makan sendiri. Apabila anak kucing makan sendiri, mereka biasanya akan dapat keluar dan mencari makanan sendiri jadi ini adalah cara yang baik untuk mengajar mereka cara menjaga diri apabila mereka semakin dewasa.

1. Tempat tinggal anak kucing

Pastikan tempat tinggal anak kucing tersebut selesa. Anda boleh menggunakan carrier atau sangkar yang boleh di angkat. Pastikan anak kucing sentiasa dalam keadaan suam atau tidak kesejukkan. Ini kerana ibu kucing biasanya menggunakan badan mereka untuk mengelakkan anak kucing daripada sejuk. anda boleh menggunakan hot bag yang di alas dengan kain untuk memastikan anak kucing tidak berada dalam kesejukkan.

anak kucing
Menyusukan anak kucing baru lahir

2. Membersihkan mata dan air kencing

Ibu kucing sentiasa membersihkan muka dan bahagian kemaluan anaknya. Oleh itu, anda perlu menyediakan tisu basah untuk membersihkan bahagian mata untuk mengelakkan mata dari jangkitan kuman. Anda juga perlu lap dengan tisu basah bahagian kemaluan untuk memastikan anak kucing tersebut kencing (biasa perutnya akan jadi bulat dan kembung sebab tak kencing).

Nota: anda juga perlu memastikan tiada kutu kucing pada badannya untuk memastikan anak kucing berada dalam keadaaan selesa.

Menyusukan anak kucing tanpa ibu

Dalam suatu situasi, anak kucing mungkin bersendirian atau ibunya tidak mahu menyusukan anaknya. Oleh itu anda perlu tahu cara bagaimana untuk menyusukan anak kucing tersebut dengan menggunakan botol atau picagari. Tugas menyusukan anak kucing tidaklah semudah yang disangka. Anak kucing memerlukan susu setiap 2 jam dalam sehari.

anak kucing
Posisi menyusukan anak kucing yang betul

Berikut adalah apa yang anda perlukan:

  1. Susu untuk anak kucing (bukan susu lembu) - boleh didapati di vet, petshop atau shopee
  2. Botol susu untuk untuk kucing
  3. Tuala yang lembut

Berikut adalah cara-cara untuk menyusukan anak kucing:

  1. Rendam botol susu dalam air panan dalam masa 5 minit dan sejukkan botol
  2. Masukkan serbuk susu dengan jumlah yang betul dan isi air panas. Pastikan air panas sekitar 20-27 darjah celcius sama dengan suhu badan. Tips: Titis pada tangan, pastikan tidak terlalu panas.
  3. Ambil tuala dan bungkus anak kucing tersebut seperti bayi. Cuba secara perlahan-lahan dengan posisi yang betul. Sesetengah anak kucing pada mulanya akan mengalami kesukaran menyusu menggunakan botol.

Tips: Jangan sesekali mendongakkan kepala anak kucing semasa menyusu (posisi menggendong), ini boleh menyebabkan susu akan masuk ke dalam paru-paru dan boleh menyebabkan kematian.

Pastikan anda dapatkan susu kucing yang betul!


Anak kucing sakit mata

Jika anak kucing sakit mata dan mata berselaput, bawa anak kucing tersebut untuk rawatan di klinik veterinar

Terdapat juga anak kucing yang menderita kerana matanya sakit sehingga terkeluar bebola biji mata dan jika ini terjadi, anak kucing perlu dirawat dengan cepat.

anak kucing
Bersihkan muka anak kucing dengan kerap


Anak kucing cirit-birit

Anak kucing juga berpotensi besar untuk cirit-birit atau kucing muntah terutama apabila susu atau makanan yang diberikan tidak sesuai dengan mereka.

Anda perlu memastikan berat anak kucing dalam keadaan normal iaitu dalam lingkungan 300 gram dan memperhatikan peningkatannya dalam tempoh empat minggu. Jika berat badannya tidak meningkat, ada kemungkinan anak kucing mengalami masalah dan memerlukan rawatan di klinik veterinar.

Jika keperluan dan penjagaan diberikan sebaiknya, anak kucing berpotensi membesar dengan sihat dan ceria. Anda boleh mula memilih nama kucing yang bersesuaian untuk anak kucing baru anda. Sebagai seorang pencinta kucing yang memelihara haiwan ini, anda bertanggungjawab untuk memastikan semua kebajikan dan kesihatannya sentiasa baik dan sihat dalam apa jua keadaan.

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App