Gelagat Oyen Berkawan Baik Dengan Ayam Buat Ramai Terhibur

Gelagat Oyen Berkawan Baik Dengan Ayam Buat Ramai Terhibur

10 September 2022

Humor

zoe

Share this article:

Oyen dilihat banyak membawa aksi lucu di internet. Baru-baru ini tular seekor kucing oren kelihatan mesra dengan seekor ayam jantan.

‍

Terbaru menerusi satu video viral di TikTok yang dimuatnaik oleh @hafizapizz2 menyatakan kucingnya yang dinamakan "Bujur" kelihatan mesra dan akrab bersama ayam jantan milik jirannya.

“Part2 persahabatan kucing dan ayam jiran. Kantoi masa tgh amek gmbr 2ekor ni,” tulis @hafizapizz2 di ruangan kapsyen.

‍

‍

Video ini berjaya mencuri perhatian ramai kerana aksinya yang mencuit hati. Mungkin si oyen ni dah lama berkawan dengan ayam ni sebab kalau tengok ayam di situ seperti tahu kelibatnya.

Apa pun nama kucing "oyen" juga menjadi pilihan kebanyakkan pemilik kucing di Malaysia.

‍

‍

sumber

Other Stories

Copyright © Deux Alpha Tech Sdn. Bhd (201901036076)

Contact Support