Cara Hilangkan Kutu Kucing

Zoe
August 8, 2021
Kutu Kucing
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Kucing kena kutu? Ketahui cara nak hilangkan kutu kucing disini. Mulakan dengan pemeriksaan kutu kucing kemudian hapuskan kutu pada badan kucing dan rumah anda.

Apabila kucing selalu mengaru atau gigit kulit maknanya mereka ada kutu. Adoi, kesian betul. Anda boleh bantu kucing anda dan juga melindungi diri anda dengan mengetahui bagaimana untuk menghapuskan kutu pada kucing dan juga dalam rumah anda.

Kenali Jenis Kutu Kucing

Kutu adalah serangga kecil, tidak bersayap, rata dengan tiga pasang kaki. Kutu dewasa adalah kira-kira 1/8 inci panjang (1 hingga 3 mm). Mereka berwarna coklat kemerahan gelap dan mempunyai mulut yang menggigit. Mereka boleh menjadi sangat sukar untuk dikesan kerana mereka bergerak begitu pantas pada badan haiwan.

Kutu kucing tidak boleh hidup pada badan manusia namun boleh menyerang manusia melalai gigitan kecil.

Kutu Kucing
Kutu kucing

Kutu Kucing
Kesan gigitan kutu kucing pada manusia

Buat Pemeriksaan Kutu Kucing

Sebelum membelanjakan duit anda untuk rawatan kutu kucing, anda hendaklah memastikan kutu ini betul-betul ada pada kucing anda

- Lihat tanda-tanda pergerakan pada bulu. Anda hendaklah mengesan serangga kecil melompat.

- Guna sikat kutu kemudian ambil tisu basah & letakkan habuk pada tisu basah tersebut. Jika anda lihat ada kesan merah-merah ia adalah darah yang ada pada kutu-kutu tersebut. Kemudian, masukkan sikat kutu dalam air suam dan sabun untuk membunuh kutu pada sikat.

Kutu Kucing
Kesan darah kutu kucing pada tisu basah

Cara Hilangkan Kutu Kucing?

Ramai juga yang cari petua untuk hilangkan kutu kucing ni. Kucing anda menjadi tempat yang paling selesa untuk kutu. Lindungi kucing anda dengan meletakkan ubat kutu pada kucing.Rawatan Spot-on adalah paling berkesan berbanding menggunakan debu bedak, shampoo atau semburan. Jika anda mahu mandikan kucing anda untuk hilangkan kutu, anda boleh letakkan spot-on selepas 2 hari.

Ubat Kutu Kucing

Antara brand yang biasa digunakan:
- Ubat kutu kucing jenis Fipronil (Frontline Plus)

- Ubat kutu kucing jenis Imidacloprid (Advantage)

Nota: Boleh beli di shopee. Elakkan beli ubat kutu kucing murah dari China yang boleh memudaratkan kesihatan kucing.

Anda baru sahaja bela kucing? jom tengok nama kucing paling popular untuk sumber inspirasi

Rawatan Grooming Kutu Kucing juga dapat membantu mengurangkan kutu pada badan kucing.

Jangan Memandikan kucing dengan Sunlight

Ada beberapa petua yang menggunakan sabun pencuci pinggan sunlight sebagai usaha untuk menghilangkan kutu kucing. Jangan sesekali mandikan kucing dengan bahan campuran yang berbahaya yang akan memudaratkan kucing. Ini kerana kucing akan menjilat kesan sabun dan boleh menyebabkan kematian.

Alternatif lain, dapatkan khidmat nasihat dari klinik kucing berdekatan.

Menghapuskan kutu kucing di dalam rumah

Kutu betina bertelur 50 telur sehari. Ia boleh ada pada kucing, karpet, dan sofa anda. Berikut adalah cara untuk menghilangkan kutu kucing di rumah anda.

- Vakum setiap hari untuk mengelakkan telur menetas. Jangan lupa bersihkan habuk beg vakum dengan air suam dan sabun apabila selesai.

- Basuh alas sofa dan cadar seminggu sekali menggunakan air panas.

Menghapuskan kutu kucing adalah sangat sukar. Oleh itu, penting bagi untuk anda memastikan kucing anda diberikan ubat kutu supaya kutu ini tidak lagi mempunyai induk atau sumber makanan. Proses ini boleh mengambil masa sehingga 3 bulan sehingga ia betul-betul berjaya di hapuskan.

via https://pets.webmd.com/cats/guide/flea-prevention

Cara hapuskan kutu kucing
Cara hapuskan kutu kucing
Kenali kutu kucing
Kenali kutu kucing
Guna ubat kutu kucing
Guna ubat kutu kucing
Cara hapuskan kutu kucing pada kucing
Cara hapuskan kutu kucing pada kucing
Cara hapuskan kutu kucing di rumah
Cara hapuskan kutu kucing di rumah
PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App