Kenapa Kucing Muntah Selepas Makan

Zoe
November 17, 2021
Kucing Muntah
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Ada beberapa sebab kenapa kucing anda muntah antaranya kucing kucing anda makan terlampau banyak atau makan terlalu cepat.
Kucing muntah makanan di lantai? Anda mungkin mengalami masalah ini dengan kucing anda.

Kenapa kucing muntah / punca muntah selepas makan?

Ada beberapa sebab kenapa kucing anda muntah antaranya kucing kucing anda makan terlampau banyak atau makan terlalu cepat. Atau makanan tersebut tidak sesuai untuk diet kucing anda

Sebab yang paling biasa untuk kucing muntah ialah:

- Perubahan dalam diet boleh menyebabkan kucing muntah di atas sofa.

- Jika kucing telah makan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka makan, seperti serangga atau tumbuhan.

- Jika kucing telah menelan terlalu banyak rambut dan ia telah terkumpul di dalam perut mereka dan menyebabkan kucing muntah.

- Mungkin terdapat keadaan perubatan yang menyebabkan kucing muntah.

- Jika kucing muntah pada kakinya sendiri, mungkin terdapat alahan atau tidak bertoleransi yang menyebabkan mereka berbuat demikian.

Mengapa Kucing Muntah Sepanjang Masa?

Muntah adalah refleks semula jadi yang membantu badan menyingkirkan toksin dan bahan asing yang telah ditelan. Kucing selalunya akan muntah sebagai tindak balas kepada beberapa jenis kerengsaan di perut atau usus mereka. Dapatkan rawatan secepat mungkin jika kucing anda terlampau kerap muntah.

Kucing muntah makanan kering

Ia adalah disebabkan kucing anda makan terlampau banyak. Rujuk dengan pakar & tukar makanan jika perlu kerana dikuatiri makanan kucing tersebut banyak garam.

Kucing muntah air atau muntah buih / hijau / kuning

Muntah air adalah keadaan yang membimbangkan. Ia adalah tanda-tanda awal seperti reaksi alergi, gangguan masalah dalaman, pankreatitis, hipertermia, hipotermia, jangkitan parasit, penyakit hati, keracunan, stres, depresi, atau kecemasan lain. Sila segera ke klinik veterinar yang berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

kucing muntah
Biasanya kucing muntah selepas makan

Cara merawat kucing muntah

Apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan kucing daripada muntah. Jadi, berikut adalah cara merawat kucing sakit & untuk mengelakkan kucing daripada muntah makanan:

1. Guna bekas makanan kucing yang kecil

Jika kucing anda lihat kucing anda makan terlampau cepat, cuba gunakan bekas makanan yang lebih kecil ataupun sedikit tinggi. Ini dapat memperlahankan kucing anda semasa makan

2. Ubah diet kucing dalam masa 2 minggu / Cari makanan yang sesuai selepas muntah

Salah satu penyebab muntah adalah apabila anda menukar makanan mereka secara mendadak atau secara kerap. Anda boleh cuba bari lebih masa untuk kucing anda menyesuaikan diri dengan makanan kucing baru sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

3. Alergi - buat pemeriksaan di veterinar

Kucing anda juga mungkin mengalami alergi makanan. Ini kerana mungkin kucing anda makanan yang tidak sepatutnya dimakan seperti cicak atau makanan manusia. Dalam kes lain, jika anda cuba hilangkan kutu kucing - kucing anda mungkin akan menjilat ubat kutu pada kucing yang lain dan mungkin juga penyebab kucing anda muntah.

Jika anda tidak pasti, dapatkan konsultasi dari veterinar anda tidak kira sama ada masalah tersebut serius atau tidak.

+sumber

kucing muntah
Perhatikan tingkah laku sebelum kucing muntah untuk mencari punca

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App