Panduan Keselamatan Untuk Haiwan Peliharaan Semasa Banjir

Zoe
December 12, 2022
kucing banjir
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Sebagai pemilik haiwan peliharaan, kita perlu bersedia jika berlaku kecemasan antaranya banjir. Pada ketika ini, keselamatan haiwan kesayangan juga penting.

Setiap kali menghadapi banjir, ada pemilik haiwan yang tidak bersedia menyebabkan anjing atau kucing gagal diselamatkan. Panduan ini adalah untuk memastikan keselamatan haiwan kesayangan kita terjamin semasa musibah.

Tanggungjawab pemilik haiwan kesayangan

Haiwan kesayangan bergantung kepada anda untuk perlindungan dan keselamatan mereka. Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan keselamatan mereka terjamin semasa banjir. Walaubagaimanapun, jangan sekali-kali meletakkan nyawa anda sendiri, atau nyawa manusia lain dalam bahaya untuk menyelamatkan haiwan.

Persedian Sebelum Banjir

- Sesetengah tempat perlindungan banjir tidak akan membenarkan haiwan peliharaan dibawa bersama. Hubungi pihak berkuasa tempatan anda untuk menyemak jika syarat ini dikecualikan.
- Pastikan kucing dan anjing anda memakai tag pengenalan yang betul. Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesyorkan bahawa semua kucing dan anjing mempunyai mikrocip dan tag ID, dengan butiran hubungan terkini, pada kolar mereka.
- Pastikan makanan dan sebarang ubat mempunyai stok yang secukupnya.
- Berbincang dengan jiran untuk mengambil haiwan anda jika anda berada jauh dari rumah apabila perlu berpindah.
- Hantar ke pusat perkhidmatan hotel kucing atau anjing jika anda bercuti semasa banjir. Minta pusat perkhidmatan tentang maklumat mengenai prosedur kecemasan mereka.
- Kekal dikemas kini. Dengarkan amaran di TV dan radio tempatan atau ke website info banjir untuk maklumat mengenai kawasan anda 24 jam sehari.

kucing banjir

Perkara yang perlu dilakukan ketika amaran banjir

- Bawa semua haiwan kecil ke dalam dan, jika boleh, bawa mereka ke tingkat atas/tinggi.
- Pindahkan makanan kucing atau anjing, peralatan tempat tidur dan air ke tempat yang selamat dan kering.
- Sediakan pembawa haiwan peliharaan mudah alih (cat carrier) ke tempat yang mudah diambil.
- Sediakan mainan, untuk elakkan tekanan pada haiwan peliharaan.
- Pertimbangkan untuk membawa haiwan peliharaan kepada ahli keluarga atau rakan yang tinggal di luar kawasan berisiko banjir
- Letakkan dokumen seperti rekod vaksinasi, butiran doktor haiwan anda, dan nombor mikrocip haiwan kesayangan dalam beg bertutup dengan mana-mana dokumen penting lain. Sertakan gambar terbaru sekiranya haiwan anda tersesat.

Perkara yang perlu dilakukan ketika banjir

- Letakkan alas atau selimut dalam carrier untuk mengelakkan kucing atau anjing dalam keadaan sejuk. Jangan letak air minuman buat sementara.
- Bawa makanan, air, mangkuk dan tempat tidur haiwan anda bersama anda.
- Jika anda tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan haiwan kesayangan anda di rumah, biarkan ia tertutup di dalam bilik tingkat atas dengan bekalan makanan dan air yang mencukupi.
- Tinggalkan notis di pintu luar yang menyatakan terdapat haiwan peliharaan di dalam rumah.
- Jangan sekali-kali meletakkan nyawa anda sendiri atau manusia lain dalam bahaya untuk menyelamatkan haiwan.

kucing banjir

Bagaimana untuk mengetahui tentang amaran banjir

Dengarkan amaran di TV dan radio tempatan atau ke website info banjir untuk maklumat mengenai kawasan anda 24 jam sehari.

+ Rujukan Asal

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App