Ramai yang tercari-cari idea untuk membuat sangkar kucing DIY yang mudah, jimat dan kemas. Jom DIY sangkar kucing anda sendiri guna langkah mudah ini.
Bila sangkar kucing dah luar, ada yang memanggil sangkar kucing sebagai banglo kucing. Mana taknya, harga sangkar kucing yang besar dan luas boleh mencecah RM3,000.
Disini kami kongsikan beberapa projek sangkar kucing DIY yang kami rasa anda juga boleh buat dirumah untuk keselesaan kucing-kucing anda. Kebanyakkannya menggunakan bahan paip PVC dan ada juga menggunakan jaring yang boleh dibeli di Mr DIY.
1. Design Sangkar Kucing DIY guna paip PVC

Projek Ini dikongsikan oleh salah seorang pemilik kucing di facebooknya (Badrulbacter Sp) dengan kos paip PVC + connector (RM40), jaring plastik (RM70) dan Cable tie (RM10). Semuanya dibeli di Mr DIY dan hanya mengambil masa beberapa jam untuk dibuat. Dengan keluasan sangkar sebegini, jika anda membeli sangkar kucing pasang siap di Shopee mungkin boleh mencecah RM300-RM700.
2. Sangkar kucing DIY untuk balkoni rumah

Jika anda mahukan kucing anda menikmati udara segar di luar rumah, anda boleh membina laluan sangkar kucing sebegini di rumah anda. Kucing anda pastinya amat menyukai untuk menikmati sinaran matahari pagi di luar rumah anda. Lihat video untuk cara-cara membina sangkar kucing DIY ini.
3. DIY Sangkar Kucing 3 Tingkat
.jpg)
Ini adalah salah satu rekabentuk sangkar DIY yang menarik untuk anda lihat. Saiz : 204(L) x 78(W) x 153(H) cm dan dengan budget RM647.90 sahaja. Biasanya rekaan sebegini jika ditempah menggunakan besi boleh mencecah RM2000 satu set. Selamat Mencuba! Semoga anda berjaya buat rumah kucing yang cantik dan comel.
%20(1).png)
%20(1).png)