Memulakan perniagaan dalam penjagaan haiwan bukanlah mudah. Namun, sama seperti perniagaan lain, ia memerlukan strategi yang terbaik dan sesuai.
Disini kami ingin berkongsi bagaimana salah satu hotel kucing premium yang berada di luar kawasan lembah klang berjaya meningkatkan jualan & operasi sehingga 200% dalam masa kurang 30 hari.

Disini kami kongsikan bagaimana hotel kucing ini berjaya digitalkan bisnes seterusnya meningkatkan sales & operasi mereka dengan menggunakan PetotumBIZ.
Strategi Digital Marketing yang Sesuai untuk Hotel Kucing
Semasa memulakan bisnes cat hotel anda perlu merancang untuk melakukan strategi marketing yang sesuai supaya orang sekeliling anda tahu tentang perniagaan anda.
Promosi Pembukaan
Hotel kucing ini melakukan promosi pembukaan jualan. Sama seperti AirAsia, pelanggan boleh buat booking awal dengan diskaun yang menarik. Ini bermakna, mereka boleh menerima confirm booking sebelum memulakan perniagaan lagi. Bagi pelanggan pula, mereka agak gembira apabila boleh dapat booking dengan harga yang menarik.

Iklan di Facebook & Google
Iklan di facebook adalah lebih kepada kesedaran (awareness) dan belum ada niat untuk membeli. Jadi anda boleh guna FB ads untuk memberi tahu sekeliling anda tentang kewujudan bisnes anda.
Bagi hotel kucing ini, mereka gunakan facebook ads sebelum pembukaan kedai lagi.
Untuk iklan google pula, biasanya untuk yang sudah ada niat untuk membeli. Biasa mereka akan mencari "cat hotel near me" di google & iklan akan muncul di bahagian atas.
TikTok - Content Marketing
Tiktok lebih kepada pemasaran jangka masa panjang. Ini kerana anda memerlukan kreativiti untuk buat video dan biasanya membina pengikut akan mengambil masa sehingga 3-6 bulan.
Bisnes hotel kucing ini bermula dari hari pertama membuka kedai dan konsisten dalam membina konten mereka sendiri.

Mudahkan Operasi
Booking secara automatik
Untuk menjimatkan masa pelanggan, mereka beri kebebasan pada pelanggan mereka untuk buat booking dan pembayaran secara online. Kira dah tak ada mesej atau telefon tanya ada kosong ke tak pada staff.
Add-on booking
Masa pelanggan buat booking, add-on macam cat grooming, pet taxi, ubat kutu semua dah masuk sekali dalam satu booking. Tak payah staff nak tanya pada pelanggan.
Sediakan pelbagai cara pembayaran
Semasa walk-in, mereka juga menerima cash, ewallet & terminat sebagai pembayaran.

Ambil bayaran sebelum memulakan servis
Kalau pelanggan tak nak booking sendiri, hotel kucing ini akan buat invoice & beri link pembayaran melalui Whatsapp. Ini bermakna, mereka ambil bayaran sebelum confirm servis. Jadi, tak ada yang batalkan booking sesuka hati.
Peringatan kepada pelanggan secara automatik
Sistem PetotumBIZ ada menghantar peringatan kepada pelanggan secara automatik sebelum memulakan perkhidmatan. Ini akan memudahkan pelanggan mereka untuk rujukan.
Notifikasi melalui Telegram untuk staff
Staff akan menerima notifikasi booking melalui telegram. Setiap pagi mereka akan menerima berapa banyak check-in & check-out pada hari tersebut.
Maksimumkan penggunaan data pelanggan
Dengan penggunaan PetotumBIZ bisnes hotel kucing ini berjaya memaksimumkan penggunaan data pelanggan mereka. Secara tidak langsung berjaya meningkatkan kualiti dan jualan.
Hubungi support PetotumBIZ untuk anda perlukan konsultasi untuk membuat promosi.
Dapatkan Maklumat lanjut tentang PetotumBIZ

%20(1).png)
%20(1).png)