Etiqa, Petotum – Kini Bolehkan Pengguna Sedia Insurans Perubatan Buat Haiwan Peliharaan
Etiqa, Petotum – Kini Bolehkan Pengguna Sedia Insurans Perubatan Buat Haiwan Peliharaan
September 13, 2023

Tahukah anda, setakat 2021 didapati lebih 50% penduduk di Malaysia miliki haiwan peliharaan, dan hanya 41% sahaja tidak memiliki tanggungjawab sedemikian pada tinjauan Rakuten. Berikutan peningkatan jumlah pemilik haiwan ini semakin melonjak – Etiqa General Insurance Berhad kini bersama Petotum hadir dengan pengenalan perlindungan perubatan insurans haiwan, PAWer Insurance membolehkan pemilik haiwan Malaysia tingkatkan kesejahteraan haiwan peliharaan mereka.

Selaku penyedia penjagaan haiwan peliharaan bersama sokongan teknologi, Petotum melihat usahasama dengan Etiqa berupaya meluaskan pendedahan pendidikan penduduk Malaysia akan kebajikan haiwan. Di mana melalui PAWer Insurance, pemilik haiwan tidak sekadar meraih kemudahan pusat kesihatan tetapi turut membantu menyerap kos perubatan yang melibatkan kes kritikal seperti pembedahan.

Malah terdapat juga perlindungan melibatkan kes kematian haiwan peliharaan dan perlindungan untuk liabiliti pihak ketiga. Secara menyeluruh akses ini akan memberi perlindungan perubatan veterinar sehingga RM8,000 setahun buat haiwan perliharaan pengguna.

Maka untuk ketahui lebih terperinci akan penawaran perlindungan insurans berdasarkan 3 pakej pilihan di bawah Petotum dan Etiqa, semua pemilik haiwan boleh merujuk pada pautan PAWer Insurance ini tindakan lanjut.

Summary