Petotum, Etiqa lancar Insurance PAWer, pelan insurans untuk haiwan peliharaan
Petotum, Etiqa lancar Insurance PAWer, pelan insurans untuk haiwan peliharaan
September 14, 2023

ETIQA Insuran Am Berhad dengan kerjasama Petotum, sebuah platform ekosistem haiwan kesayangan pertama di Asia Tenggara telah melancarkan ‘Insurance PAWer’, sebuah pelan insurans haiwan kesayangan komprehensif yang memanfaatkan teknologi dengan menawarkan kemudahan yang julung kali kepada pemilik haiwan kesayangan.

Kerjasama dinamik ini memberi nafas baru kepada pemilikan haiwan bertanggungjawab serta insurans, mendefinisikan semula cara pengguna membeli insurans secara dalam talian dan serta memajukan industri veterinar di Malaysia.

Insurans PAWer memperkenalkan ciri-ciri inovatif termasuk kemasukan tanpa wang tunai di panel klinik veterinar dan proses tuntutan yang lancar bagi pemilik haiwan kesayangan. Selain dari insurans, Insurans PAWer bersedia membuka potensi penuh industri veterinar di Malaysia dan menyumbang kepada usaha pemilikan dan kebajikan haiwan yang bertanggungjawab.

Insurance PAWer menjadi insurans haiwan kesayangan digital pertama di Asia, menetapkan standard baharu di rantau ini dengan pembayaran tanpa tunai di panel klinik veterinar.

Melalui kerjasama ini, Etiqa akan menanggung kos jika haiwan kesayangan anda menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada orang lain dengan bayaran balik sehingga RM50,000.

Kerjasama antara Etiqa Insurance Am dan Petotum menyelaraskan proses tuntutan bagi memastikan pengalaman yang lancar serta tidak membebankan pemilik haiwan kesayangan dan klinik veterinar ketika proses bayaran balik.

Petotum, sebagai rakan kongsi teknologi telah menyepadukan platform dengan solusi insurans Etiqa, mendefinisikan semula cara pembelian insurans haiwan secara dalam talian.

Insurans PAWer memanfaatkan potensi penuh industri veterinar di Malaysia, mempromosikan akses kepada penjagaan haiwan kesayangan berkualiti serta menggalakkan amalan pemilikan haiwan bertanggungjawab.

Etiqa dan Petotum yang bekerjasama rapat dengan industri veterinar, menyeru klinik-klinik veterinar untuk mendaftar sebagai panel klinik dengan Petotum dan perkongsian ini akan membantu menyelaraskan proses penjagaan kesihatan dan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans Am Berhad, Fukhairudin Mohd Yusof berkata, dengan melalui kerjasama ini, Etiqa berhasrat menawarkan produk insurans komprehensif bagi melindungi haiwan peliharaan yang digabungkan dengan pengalaman pelanggan yang lancar.

“Insurans PAWer adalah bukti dedikasi Etiqa dalam merealisasikan misi korporatnya untuk ‘Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik’ dengan melindungi haiwan kesayangan dan menyebarkan kesedaran tentang kepentingannya. Kerjasama kami dengan Petotum mewakili lonjakan yang ketara dalam inovasi industri insurans dan menetapkan standard baharu untuk kemudahan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Petotum, Afifah Basir menyatakan, “Kami berbangga menjadi rakan kongsi teknologi untuk ‘Insurans PAWer,’ membawa dimensi baharu kepada pemilikan haiwan kesayangan bertanggungjawab dan insurans di rantau ini.

“Penyepaduan platform kami dengan Etiqa Insurans Am Berhad mentakrifkan semula pengalaman pembelian insurans dalam talian. Kerjasama ini adalah bukti teknologi memberi impak positif kepada kehidupan haiwan peliharaan dan pemiliknya.

“Kami percaya ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri haiwan peliharaan di Malaysia tetapi juga menjadi contoh untuk pemilikan haiwan yang bertanggungjawab di seluruh dunia,” tambahnya.

Summary

Petotum, sebagai rakan kongsi teknologi telah menyepadukan platform dengan solusi insurans Etiqa, mendefinisikan semula cara pembelian insurans haiwan secara dalam talian.