Cara Memulakan Bisnes Pet shop (Panduan Ringkas 2022)

Shifa Azahar
March 3, 2022
Modal buka pet shop
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Ramai yang tercari-cari bagaimana hendak memulakan perniagaan pet shop atau kedai haiwan peliharaan.

Pengalaman kerja di pet shop

Saya pernah bekerja di sebuah kedai pet shop di Kota Damansara sekitar 2014. Pada mulanya saya dan rakan kongsi membuka kedai pet shop tersebut bersama-sama, namun disebabkan saya tidak tahu selok-belok perniagaan ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang perjanjian perniagaan bersama. Jadi boleh dikatakan saya bekerja makan gaji.

Saya mempunyai pengalaman dalam bidang media sosial & digital marketing. Jadi, saya bertanggungjawab untuk menyediakan website & membuat pemasaran untuk petshop. Antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan semasa menjalankan operasi pet shop adalah seperti berikut:

  1. Membelanjakan wang kepada sesuatu yang tidak perlu
  2. Membeli stok makanan & mainan petshop yang tidak laku (not fast selling) - mengakibatkan pet shop menyimpan stok lama
  3. Membuat renovasi yang tidak diperlukan
  4. Tidak cukup pengalaman membuat servis grooming kucing

Namun begitu, semasa bekerja disini pelanggan begitu menyukai servis hotel kucing kami kerana ianya dalam keadaan bersih dan kucing dijaga dalam keadaan baik.

Pengalaman buka pet shop

Sekitar 2017, saya dan 2 lagi rakan kongsi membuka sebuah hotel kucing di Puchong yang dinamakan MEOWCLASS. Kami menyediakan perkhidmatan hotel kucing dan grooming. Antara perkongsian yang kami dapat adalah seperti berikut:

  1. Modal RM150k - design minimalist, kemas dan tak banyak barang. Ada lobby menunggu.
  2. Pemilihan lokasi agak terpencil tetapi kami mempunyai strategi marketing yang agak kuat
  3. Spend pada google ads dan fb ads- kami dapat client dari Ampang, Gombak dan Shah Alam
  4. Harga premium tetapi berbaloi dengan servis. Kira keuntungan servis >
  5. Kami setup online website dengan sistem booking untuk grooming dan hotel. Boleh jimat kos operasi dan staff seramai 2 orang sahaja.
  6. Buat pet taxi untuk servis tambahan - untuk pelanggan yang banyak berbelanja.
  7. Pemilik kucing sanggup berbelanja sehingga RM7000 sebulan untuk kucing


Modal buka pet shop

Modal membuka pet shop untuk menjual barangan kucing boleh bermula dari RM30k-RM100k. Anda boleh bermula dengan kedai yang kecil, sewa yang berpatutan dan lokasi yang strategik.

TIPS PENTING:

  1. Jika anda mahu menjual barangan kucing & anjing, pastikan anda menjual barangan yang fast-selling.
  2. Gunakan marketplace seperti LAZADA & SHOPEE
  3. Buat promosi pembukaan sebelum buka kedai
  4. Buat website ecommerce anda sendiri.
  5. Pastikan anda mempunyai budget marketing. Anda boleh mengupah agensi untuk buat marketing untuk anda (sekitar RM1k sebulan)
  6. Pastikan anda tahu membuat akaun syarikat anda sendiri.

Bisnes Makanan Kucing Jenama Sendiri

Di negara US, UK dan Kanada, trend perniagaan makanan kucing jenama sendiri semakin berkembang. Kalau di Malaysia, kita ada Petchef & Coco & Joe BARF yang menyediakan makanan organik yang sihat. Trend permintaan makanan organik yang sihat untuk kucing semakin meningkat disebabkan kesedaran tentang makanan organik di Malaysia. Jadi, kucing juga tidak ketinggalan.

https://www.smalls.com/
https://bobcatrawfood.com/product/chicken-raw-cat-food/
https://www.raisedrightpets.com/

Modal buka hotel kucing

Modal membuka hotel kucing adalah berbeza mengikut sasaran pelanggan anda. Jika anda mahu hotel kucing yang premium, kos boleh mencecah RM150k-RM200k untuk keseluruhan kos termasuk renovasi.

TIPS PENTING:

  1. Pilih sangkar atau material bilik yang senang dicuci - kalau anda pilih kayu yang serap air, nanti kucing kencing, kayu senang kembang dan berbau.
  2. Pilih saiz yang bersesuaian
  3. Buat pengudaraan yang baik untuk elak bau
  4. Buat operasi yang baik - seperti cuci semua litter box dan lap semua bilik setiap pagi.
  5. Buat latihan pada staff.
  6. Guna sistem pet hotel untuk elak bilik bertindih. Sistem PetotumBIZ boleh membantu anda.

Bagaimana untuk membuka pet shop?

LANGKAH 1: RANCANGAN PERNIAGAAN

Kertas kerja perniagaan pet shop digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah sebagai persediaan anda sebelum memulakan perniagaan ataupun untuk mendapatkan dana pinjaman. Terdapat banyak contoh kertas kerja di google, antaranya: https://www.scribd.com/document/335008506/pet-shop

1. Modal Perniagaan

Jika anda tiada modal, anda boleh bermula sebagai pet sitter di rumah atau menyediakan perkhidmatan pet taxi di kawasan perumahan anda. Kemudian anda boleh membuat pinjaman perniagaan dari MARA, TEKUN dan perbankan lain.

Kira keuntungan servis menggunakan revenue calculator

2. Keistimewaan

Fokus. Kita mahu orang lihat kita sebagai pakar grooming atau pakar membekal barangan haiwan sahaja? Pilih salah satu. Tak perlu tamak.

Jika jarak petshop kita dengan petshop lain dekat, pastikan kita buat promosi lain dari yang lain. Sebagai contoh Kad Kesetiaan.

3. Lokasi

Syarat utama pembukaan petshop adalah LOKASI. Validate mengenai pembukaan petshop. Pastikan kawasan kita ada permintaan positif terhadap petshop.

LANGKAH 2: BUKA SYARIKAT

Terdapat banyak jenis syarikat yang boleh didaftarkan di SSM termasuklah:

  1. Persendirian
  2. Perkongsian
  3. PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad)
  4. Syarikat Sdn Bhd (Sendirian Berhad).

Jika anda baru sahaja memulakan perniagaan, anda dinasihatkan bermula dengan pendaftaran SSM persendirian untuk memudahkan anda membuka akaun bank.

LANGKAH 3: BUKA AKAUN BANK

Akaun bank untuk bisnes saya amat sarankan Maybank kerana perbankan perniagaan yang mudah namun anda kemungkinan dikehendaki menyediakan RM1500 untuk pembukaan akaun pertama.

LANGKAH 4: DAPATKAN PERMIT DAN LESEN

Permit dan lesen adalah berbeza mengikut majlis perbandaran. Ada majlis yang tidak membenarkan anda membuka pet shop disebelah kedai makan. Ada juga yang memerlukan kelulusan dari jabatan veterinar sebelum anda mendapatkan lesen.

LANGKAH 5: PENJENAMAAN (BRANDING) DAN PEMASARAN

BRANDING penting untuk membuatkan pelanggan anda tahu tentang jenama petshop anda. Pilih nama yang bersesuaian dan senang diingati. Ia akan menjadi legasi perniagaan anda.

Sediakan budget untuk pengiklanan di Facebook Ads, Google Ads dan TikTok. Pastikan anda memilih agensi pengiklanan yang betul.

Pasang banner - Pilih ayat yang betul. Jika ingin memberitahu bahawa kita baru buka kedai pastikan ayatnya berkaitan pembukaan.

Sertai group komuniti facebook dan telegram untuk beritahu tentang pembukaan petshop anda.

Bagaimana membuat pelanggan anda gembira?

Pemilik haiwan kesayangan sangat sensitif tentang kucing atau anjing mereka. Tidak hairanlah jika mereka sanggup membelanjakan sehingga puluhan ribu ringgit setahun untuk si manja mereka. Jadi ingatkan diri anda & staff anda supaya lebih sensitif dan peka tentang keadaan haiwan kesayangan mereka. Pastikan anda mempunyai banyak pengetahuan tentang penjagaan kucing atau anjing sebelum menceburi bidang ini.

Baca: Pet Services: After the Raya Sales, How Do You Keep Customers?

Mencari Pet shop untuk dijual?

Jika anda mahu mencari pet shop yang sedia ada, sila pastikan

  1. Lokasi pet shop strategik
  2. Bisnes pet shop tersebut tidak dalam keadaan rugi
  3. Stok barangan pet shop yang fast-selling. Rujuk makanan kucing terbaik

Senarai kontraktor & pembekal barangan kucing / supplier petshop

Klik disini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Petpreneur Program

Kesimpulannya

2 dari 3 rakyat Malaysia mempunyai haiwan peliharaan. Jika mengikut data kami di Petotum purata pengguna kami mempunyai sekurang-kurangnya 2 haiwan kesayangan yang didaftarkan. Perniagaan petshop mempunyai potensi yang besar dan boleh dikembangkan jika kena dengan caranya.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

- Kod Amalan kebajikan haiwan peliharaan, Jabatan Veterinar Malaysia

- Pet Industry Trends In Malaysia

- Sistem Pengurusan Bisnes Pet shop PetotumBIZ

- Rezeki sayang kucing, usahawan raih RM70,000 sebulan

- Apabila cinta kepada kucing jadi usaha perniagaan! Nazirul, Zuhaili buka kedai, hotel kucing!

- Hotel kucing buat untung ketika pandemik

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App