5 Sebab Kenapa Kucing Sangat Suka Kotak

Zoe
April 10, 2022
kotak
Ketahui sebab kenapa kucing suka sangat dengan kotak sampai ada yang makan sisa kotak pon ada.

Pengenalan: Mengapa Kucing Suka Kotak?

Pernah tak anda beli mainan kucing tapi kucing anda memilih kotak sebagai mainannya? Berikut adalah beberapa kemungkinan sebab kucing mungkin menyukai kotak:

1. Kotak sebagai tempat untuk bersembunyi dan untuk berasa selamat

Kotak adalah tempat untuk bersembunyi dan selamat bagi kucing daripada pemangsa yang mungkin berada di luar rumah anda. Persekitaran rumah anda juga mungkin menyebabkan kucing berasa takut seperti bunyi bising atau kanak-kanak.

Kotak juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk kucing tidur, makan, dan merapikan diri.

2. Kotak kucing untuk meneroka naluri dan tingkah laku semula jadi mereka

Kucing adalah pemangsa semula jadi, dan mereka perlu meneroka persekitaran mereka untuk memburu. Jadi kucing menjadikan kotak sebagai alat untuk mereka mengendap mangsa contohnya seperti lipas dan cicak.

3. Tempat untuk bersembunyi atau tidur

Kucing juga mempunyai detik-detik kebimbangan yang sukar untuk dikendalikan. Satu cara untuk mengurangkan kebimbangan kucing adalah dengan menyediakan tempat untuk bersembunyi atau tidur menggunakan kotak apabila mereka berasa cemas atau tidak selesa. Ini akan membuatkan mereka berasa selamat dan kurang cemas.

4. Tempat yang baik dan nyaman untuk privasi

Ramai orang tidak tahu bahawa kucing memerlukan privasi sama seperti manusia. Kucing adalah makhluk teritorial, itulah sebabnya mereka tidak suka apabila orang asing masuk ke ruang mereka tanpa diundang. Jadi, kotak adalah tempat terbaik untuk mereka mendapatkan privasi mereka sendiri.

Kenapa Kucing Makan Kotak

Mereka juga terkenal dengan sifat ingin tahu. Salah satu perkara kegemaran mereka adalah makan kotak. Kucing suka makan kotak kerana mereka mendapati ianya menarik, atau mereka bosan dan tertekan.

Ianya boleh diatasi dengan memberi mainan kucing yang interaktif dan mampu mengatasi gejala bosan dan stress.

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App