Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Grooming Lion Cut

Zoe
October 21, 2022
lion cut
pet insurance

PAWer Insurance

Pet Insurance Without Paying Vet Bills Up-Front Signup in minutes. Protect your pets with us for accidents & illness.

Get Quotation
Pernah tak tengok grooming lion cut? Secara ringkasnya potongan bulu seakan-akan singa & biasanya bulu jadi pendek seperti karpet.

Kenapa buat grooming lion cut pada kucing?

Kebanyakkan grooming lion cut perlu dilakukan dengan sebab-sebab tertentu sahaja. Ia diperlukan sekiranya:

✔ Kucing berbulu panjang dan lebat tetapi banyak bulu gugur

✔ Masalah kutu kucing dan telur kutu yang terlalu banyak

✔ Masalah fungus yang teruk

✔ Hairball yang kronik

grooming kucing lion cut
Kucing yang kerap menjilat badannya akan menghadapi beberapa risiko kesihatan

Kucing berbulu panjang memang biasa mengalami keguguran bulu terutamanya apabila kulit mempunyai fungus dan pastinya kutu juga suka menjadikan mereka sebagai perumah. Oleh sebab itu, antara rawatan yang terbaik adalah memandikan kucing dan grooming lion cut dengan tujuan memendekkan bulu kucing. Kucing akan berasa lebih selesa dan akan lebih mudah untuk dimandikan. Grooming lion cut kucing juga bertujuan untuk rawatan fungus dan untuk mengelakkan masalah hairball.

Kucing apabila berada dalam keadaan tidak selesa, mereka akan jadi terlebih menjilat bulu iaitu dipanggil EXCESSIVE SELF-GROOMING. Ia akan menyebabkan kucing menelan gumpalan bulu yang banyak dan boleh menyebabkan ia berkumpul di dalam perut. Keadaan boleh jadi lebih teruk apabila bebola bulu tersebut tidak dapat dimuntahkan menyebabkan ia bebola bulu dalam perut mengeras dan kucing anda akan kurang selera makan.

Simptom Hairball

- sembelit

- najis keras ketul kecik

- kucing kurang makan,

- perut sakit mengeras atau sakit bila disentuh

kucing lion cut
Lion cut hanya dilakukan oleh vet dan juga cat groomer

Manfaat grooming lion cut

Terdapat pelbagai manfaat melakukan grooming lion cut untuk kucing. Antaranya

✔ Kurangkan panas, heat stroke dan nafas tercungap-cungap sambil lidah terjelir.
✔ Mudah untuk mandikan dengan shampoo fungal, sapu cream, dan pengudaraan baik untuk kulit
✔ Bulu baru tumbuh lebih sihat dan kuat. Ia juga mengurangkan masalah bulu gugur
✔ Kurangkan risiko ‘Impacted hairball’
✔ Badan lebih selesa dan ringan

Anda TIDAK PERLU buat grooming lion cut jika;  

- Bulu Pendek  

- Ada masalah kesihatan yang kritikal  

- Terlalu garang dengan orang yang tidak dikenali

Kucing bulu pendek tidak perlu grooming lion cut. Lion cut biasa akan dibuat untuk rawatan masalah kulit, atau keperluan kesihatan.

cat grooming

Risiko grooming lion cut

Di klinik veterinar, kucing yang garang biasanya diberi ubat pelali - mild sedation untuk memberi ketenangan semasa proses grooming lion cut untuk elakkan kucing daripada kecederaan. Kucing anda juga mempunyai risiko kecederaan luka pada kulit terutamanya pada tempat bulu bergumpal teruk.

Cara penjagaan kucing lion cut

Kucing anda juga mungkin lebih menyendiri atau pemarah daripada biasa sejurus selepas grooming lion cut, tetapi mereka akan kembali kepada diri lama mereka dalam masa beberapa jam hingga beberapa sehari. Jika haiwan kesayangan anda menunjukkan sebarang gejala yang tidak normal seperti lesu, sakit atau lembut pada sentuhan pada badan mereka, tidak makan dan minum selepas beberapa jam, maka anda harus menghubungi klinik kucing anda untuk mendapatkan bimbingan.

Hi, pemilik bulus-bulus, download aplikasi Petotum App untuk mendapatkan servis terbaik untuk haiwan kesayangan anda!

Rujukan asal

Cat Grooming

PetotumBIZPet Apps

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Download Petotum App