Cara Hilang Kutu Kucing

Be Part Of Petotum Family

We’re here to connect petcare services & pet parents together in a unified ecosystem filled with love.

Apabila kucing selalu mengaru atau gigit kulit maknanya mereka ada kutu. Adoi, kesian betul. Anda boleh bantu kucing anda dan juga melindungi diri anda dengan mengetahui bagaimana untuk menghapuskan kutu pada kucing dan juga dalam rumah anda.

Buat Pemeriksaan Kutu Kucing

Sebelum membelanjakan duit anda untuk rawatan kutu kucing, anda hendaklah memastikan kutu ini betul-betul ada pada kucing anda:

  • Lihat tanda-tanda pergerakan pada bulu. Anda hendaklah mengesan serangga kecil melompat.
  • Guna sikat kutu kemudian ambil tisu basah & letakkan habuk pada tisu basah tersebut. Jika anda lihat ada kesan merah-merah ia adalah darah yang ada pada kutu-kutu tersebut. Kemudian, masukkan sikat kutu dalam air suam dan sabun untuk membunuh kutu pada sikat.

Bagaimana untuk hilang kutu kucing?

Kucing anda menjadi tempat yang paling selesa untuk kutu. Lindungi kucing anda dengan meletakkan ubat kutu pada kucing.

Rawatan Spot-on adalah paling berkesan berbanding menggunakan debu bedak, shampoo atau semburan. Jika anda mahu mandikan kucing anda untuk hilangkan kutu, anda boleh letakkan spot-on selepas 2 hari. Antara brand yang biasa digunakan:

  1. Fipronil (Frontline Plus)
  2. Imidacloprid (Advantage)

Nota: Boleh beli di shopee

Menghapuskan kutu kucing di dalam rumah

Kutu betina bertelur 50 telur sehari. Ia boleh ada pada kucing, karpet, dan sofa anda. Berikut adah cara untuk memhilangkan kutu kucing di rumah anda.

  1. Vakum setiap hari untuk mengelakkan telur menetas. Jangan lupa besihkan habuk beg vakum dengan air suam dan sabun apabila selesai.
  2. Basuh alas sofa dan cadar seminggu sekali menggunakan air panas.

Menghapuskan kutu adalah sangat sukar. Oleh itu, penting bagi untuk anda memastikan kucing anda diberikan ubat kutu supaya kutu ini tidak lagi mempunyai induk atau suber makanan. Proses ini boleh mengambil masa sehingga 3 bulan sehingga ia betul-betul berjaya di hapuskan.

via https://pets.webmd.com/cats/guide/flea-prevention

Leave your vote

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Share this article with love

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

More articles for you

connects pet parent &
pet care services All in one Place

Creating big impact one paw at a time.

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Mobile App for pet parents. Discover more
DOWNLOAD NOW
Mobile App for pet parents
DOWNLOAD NOW